May 7, 2011
Program Lalulintas Shell, 6-7 Mei 2011, Chukai, Kemaman
Melentur aur biar dari rebungnya! kerap kali kita dengar dalam ceramah motivasi, tazkirah di surau-surau dan dalam mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan anak-anak atau pelajar sekolah.
Usaha Shell dengan kerjasama MKJR dan Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu dalam mendidik golongan anak-anak akan kepentingan keselamatan jalan raya adalah satu usaha murni yang patut diberi penghargaan tinggi dan dijadikan panduan dan ikutan pihak-pihak lain.
Pihak penjawat awam seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis DiRaja Malaysia sentiasa bersedia membantu merealisasikan usaha ini…

saya ingin berbicara dengan saudara mengenai laman web saudara yang saya minat untuk membeli. sila hubungi saya secepat mungkin terima kasih.