Festival Kenyir, 6-8 Mei 2011, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
Tiba-tiba tergerak di hati untuk menghantar nukilan pada blog pada hari ini. Mungkin didorong oleh kenangan lawatan 2-3 kali ke sini sebelum ini atau kerana acara-acara menarik yang dianjurkan oleh KETENGAH. Hakikatnya, Tasik Kenyir menjanjikan kepuasan kepada pengunjung siang atau malam kepada warga Terengganu, warga luar Terengganu termasuk warga antarabangsa. Di sini ada Taman Herba, aktiviti Island Hopping dan Pulau Bayas di Kenyir bakal menjadi kawasan bebas cukai yang lengkap dengan Kompleks CIQ dan beberapa kemudahan lain.
Saya bukan orang Terengganu dan saya juga tidak lahir di Terengganu dan tidak pernah terfikir untuk berada di sini pada suatu ketika. Apa yang pasti sekarang, hati saya telah ibarat melekap pada bumi Terengganu ini. Sesungguhnya warga Terengganu adalah warga bertuah di bumi yang indah, megah dan mewah secara semula jadi (jika boleh saya katakan…)
Festival Kenyir 2011 yang berlangsung mulai hari ini hingga 8hb Mei ini menjanjikan kepuasan kepada pengunjung-pengunjung. Datanglah beramai-ramai!!!

