Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53!

Leave a comment
Share
Dua Generasi...

Dua Generasi…

Setiap kali Hari Kemerdekaan tiba, apa yang terlintas di minda kita ialah bendera Malaysia atau kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang (istilah ini rasanya belum diwartakan. Pedulikan, yang penting semangat yang datang bersamanya). Jarang sekali generasi muda kini dapat menghayati makna hari ini. Entah di mana silapnya tetapi alasan yang kerap menjadi halwa telinga ialah “mereka tidak pernah berasa risau dan tidak pernah merasa kesukaran untuk mencapai apa yang dikenali kini sebagai kemerdekaan”. Sejauh mana kebenarannya, satu kajian atau kajiselidik tidak pernah dibuat atau sekurang-kurangnya diwar-warkan kepada umum.

Tahun ini tema hari kemerdekaan ialah 1Malaysia menjana Transformasi. Berapa kerat antara kita yang mengetahui erti sebenar dan tafsiran tema kali ini.

Apa-apapun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Kibarkan Jalur Gemilang dan carilah erti kemerdekaan yang sebenar….

About A.R.E.A

Nama: A.R.E.A Asal: Sarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>