“Mengapa aku?”
Redha… (Gambar hiasan)
Kerap kita dengar persoalan dan soalan daripada orang lain dan kadang-kadang kita sendiri akan bertanya kepada diri sendiri, “Mengapa aku?”. Soalan dan persoalan ini selalunya merupakan perkara pertama yang terlintas dalam minda kita apabila kita menghadapi masalah, musibah, atau sekadar sesuatu yang kita tidak suka atau tidak digemari umum. Misalnya, ketika kita kehilangan sesuatu barang yang penting.
Ada kalanya kita mempersoalkan mengapa kita ditukarkan tempat kerja sedangkan ramai lagi insan lain yang boleh ditukarkan. Mungkin juga pernah kita alami putus cinta semasa di universiti atau kolej. Perkara pertama yang terlintas dalam kepala kita ialah “mengapa aku?” kerana ramai lagi ‘couple’ di sekeliling kita, di kampus.
Bagaimana seharusnya kita mengatasi perasaan ini? Sudah semestinya kita perlu merenungkan sedalam-dalamnya perkara yang berlaku. Selanjutnya, kita wajib percaya bahawa setiap yang berlaku telah direncana. Paling penting, ADA HIKMAH di sebalik setiap kejadian dan kita pasti akan menemui kesejahteraan pada kemudian hari…
Saya teringat bunyi soalan Wan Chik isteri MRajoli, semasa suaminya terlantar sakit.”Kenapa aku dipilih menghadapi dugaan ini”.
Wassalam