Penggunaan “cable” adalah ikhtiar vs redha akan qada dan qadar Allah…
“Tidak dapat dinafikan tuan, memang ‘cable’ ….” Demikianlah kata-kata kakitanganku dalam satu mesyuarat minggu lepas. Aku amat kecewa kerana yang ‘membuat kenyataan’ tersebut adalah antara ketua-ketua yang aku percaya dan yakin boleh memimpin kakitangan yang lain. Mulai saat aku mendengar kata-kata mereka, aku hampir hilang kepercayaan kepada mereka. Sesuai dengan prinsip yang kuamalkan, “anda adalah baik sehingga anda membuktikan bahawa anda tidak baik”, sukar untuk memulihkan kepercayaanku 100% kepada mereka.
Apa yang pelik sampai mereka diragui? Mungkin anda bertanya… Senang sahaja jawapan 20 senku ini. Anda adalah ketua dan harus menunjukkan imej yang positif kepada kakitangan lain. Anda ibarat ‘membunuh’ semangat orang lain yang mendengarnya apabila anda berkata demikian. Paling penting, anda telah melemahkan iman mereka. Mereka akan menjadi insan yang percaya ‘cable’ berbanding insan yang yakin pada Allah. Percaya? Cuba perhatikan. Buatlah pemerhatian dan kajian…
Jangan Bunuh Semangat Anda… (Gambar Hiasan)
- cable | jobs | motivation | staff