Gunting rambut….
Aku ada satu kelemahan. Mungkin tanda-tanda dah tua. Setiap kali rambutku panjang terutamanya mencecah telinga, aku akan rasa tidak selesa. Kerap kali perkara kecil seperti sakit kepala akan menyerang.
Bab-bab gunting rambut ni aku tak kisah. Masa belajar dulu, kawan-kawan guntingkan. Masa kecik di kampung, mak ayah gunting. Masa mula-mula bekerja, kawan serumah sewa yang gunting. Akhir-akhir ini, asyik ke kedai gunting. Kedai pulak tak pilih. Biasanya ke kedai yang berciri konvensional jer. Kalau kat Chow Kit ada seorang tukang gunting India berhampiran jejantas yang aku kunjungi. Semasa di Kuala Terengganu, aku ke Terminal Bas bandar. Di Kuching, aku pernah ke kedai gunting pakcik berbangsa Cina di Batu Tujuh dan kadang-kadang ke Wisma Saberkas. Kalau bercuti hujung minggu di Dungun dan kebetulan nak gunting rambut, aku datang ke sini, tempat aku karang blog sekarang, AWIE KEDAI GUNTING di pasar lama Dungun.
Pak Awie sedang menggunting rambut…
Cerita berkenaan kedai gunting dan tukang gunting, tukang gunting adakah antara penerima maklumat dan penyebar maklumat yang tidak kurang pentingnya. Mereka dapat menerima banyak maklumat termasuk umpatan. Sepanjang aku menunggu giliran, pelbagai cerita aku dengar daripada pelanggan dan tukang gunting. Aku boleh dikira mangsa jika ada umpatan berlaku. Pada masa inilah kita sedar bahawa maklumat bgini bukan sahaja di kedai kopi malahan di kedai gunting. Rasanya kumpulan hip hop/rap terkenal tu patut masukkan juga lagu “Cerita Kedai Gunting” dalam album mereka…