December 24, 2009
‘Mobile Blogging…’
Selamat datang ‘mobile blogging’. Aku baru memasang perisian ini (WordPress) pada Blackberry Bold 9000. Blog ini kebetulan telah aku reka dan cipta dengan perisian atau skrip blog WordPress. WordPress merupakan antara skrip blog yang paling popular di muka bumi ini. WordPress boleh digunakan secara percuma di laman WordPress atau dipasang sendiri pada laman web persendirian sama ada secara domain utama atau subdomain.
Memandangkan ini coretan pertama daripada perisian WordPress dari Bold ku ini, biar aku berhenti dulu di sini. Terima kasih…