“Akak tak ambil tahu. Akak bawak ajer”

[ 3 ] Comments
Share

Aku terkedu sebentar selepas mendengar kata-kata seorang akak yang baru balik dari pasar basah di sekitar tempat ku menyewa.

“Akak tak ambil tahu. Akak bawak ajer”

Sebenarnya, pada ketika tersebut, aku sedang menanti isteriku membeli sayur-sayuran di pasar tempat akak tu turut membeli belah. Aku berpaling ke kanan (akak tu parking sebelah kanan) dan ternampak roadtax kereta akak tu telah expired. Aku tanya dan bagitau dia. Jawapan akak tu seperti di atas! Tahukah dia bahawa sikapnya ini boleh mengundang bahana kepadanya dan mana-mana pemandu kenderaan yang dipandunya sekarang?

Jom kita renung sikit mengapa aku kata “boleh mengundang bahana” atau  BAHAYA… Perasan tak masa kita gi renew roadtax bahawa kita kena juga renew insurans? Apa tujuan insurans? Insurans kereta ni ada sedikit perlindungan yang datang bersamanya. Yang tu kena tanya orang insurans. Yang aku tahu, kalau eksiden, dapat ganti rugi. Maknanya, kalau tiada insurans, tiadalah perlindungan yang dimaksudkan. Atau, tak adalah gantirugi yang boleh dituntut.

Ada kemungkinan roadtax akak tadi expired dulu berbanding insurans dia kerana ada kalanya insurans orang beli setahun tapi roadtax dibayar 6 bulan. Aku cuma risau kalau-kalau roadtax akak tadi expired bersama insuransnya.  Kes yang lebih ringan ialah, mungkin roadtax kereta tu telah suaminya (atau sesiapapun bagi tujuan ini) renew tapi mereka lupa lekatkan…

Semoga selamat dan tidak berlaku apa-apa kecelakaan jalan raya semasa roadtax akak ni expired…..



About A.R.E.A

Nama: A.R.E.A Asal: Sarawak

3 Responses to “Akak tak ambil tahu. Akak bawak ajer”

  1. isroz says:

    Salam Rahman,
    Macam mana dengan kualiti lesen memandu Malaysia? Rasanya lesen tersebut mudah untuk ditiru. Masa nak buat lesen kat Jepun, lama jugak kena interview, sebab diaorg cakap lesen tu diragui, tak boleh dipercayai sebab tak ada ciri-ciri keselamatan yang baik. Last2 tunjuk lesen memandu antarabangsa, barulah permohonan untuk lesen memandu Jepun diterima dan dibenarkan ambik test.

  2. A.R.E.A says:

    Contoh Lesen Memandu yang diimbassetiap negara berhak untuk meragui lesen-lesen memandu negara lain. di malaysia misalnya, kita amat(-amat) meragui lesen memandu antarabangsa pakistan. itu lesen antarabangsa dia. entah2 kalau dia tunjuk lesen negara dia, lagi kita ragu. sepanjang yang saya tahu, lesen memandu malaysia adalah antara yang paling dipercayai. jika diperhati betul-betul, lesen memandu kita ada beberapa ciri keselamatan. kena ada cara menguji yang betul yang mungkin kakitangan jepun tersebut tidak tahu. kebanyakan negara menggunakan kad plastik yang tiada cip. itu lagi mudah ditiru. plastik mereka berupa bukan smartcard. of course kita selalu mendengar ‘lesen palsu’ di malaysia tetapi jika kita lihat betul-betul, lesen palsu yang dimaksudkan ialah lesen ‘scan’. biasanya yang tertipu ini ialah orang yang sangat jahil tentang lelsen memandu dan jahil IT. saya masih percaya bahawa malaysia masih mempunyai lesen memandu antara yang paling diyakini.

  3. isroz says:

    Masa nak buat lesen tu, diaorang dah check macam-macam. Antara sebab diragui ialah kesan print tu, dakwat macam pecah. Kedua, kesan kat plastik tu..mcm tak sempurna sbb liminit tak ok. pastu tempoh tarikh lesen tu mcm tak seimbang. cthnya kalau tiga tahun valid lesen tu, tempoh yg dicetak tak cukup 3 tahun. Bukan tak cukup sehari tapi berbulan jugak la, mungkin disebabkan lambat atau cepat renew drp lesen yg lama. Apa-apa pun lesen antarabangsa Malaysia mmg laku, hehe kalau tak tak dapat la den mohon lesen Jepun.

    Anyway thanks for the info…raya tahun ni kat Ganu ke? bleh aa jumpa nanti. Berpuluh tahun dah kita tak jumpa!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>