A.R.E.A.

Cabaran Minda Libra

Thursday
Mar 4,2010

(Post ini tidak sesuai untuk dibaca oleh sesiapapun. Jika anda berhasrat membacanya, silakan baca dengan risiko ditanggung sendiri. Saya hendaklah tidak dipertanggungjawabkan jika berlaku perkara-perkara yang tidak baik kesan daripada post dan pembacaan post ini. Jika anda fikir post ini tidak sesuai atau sekadar was-was untuk membacanya, sila abaikan dan tinggalkan post ini segera! Tapi jangan risau, post ini bukan racun, santau atau seumpamanya. Inilah satu-satunya postku yang begitu tidak beradab atau paling tidak bersopan setakat ini.)

Yang tadi ‘disclaimer’. Ini baru intro…
Pilih antara sebiji epal buruk (dan busuk) dan seorang tua tak sedar diri. Yang mana anda pilih? Mengapa timbul soalan ini?

Dua tiga hari lepas, emosiku cukup terganggu dek seorang penjawat awam yang tidak faham erti peraturan. Sebelum ini, aku kerap menghadapi situasi pelanggan dari kalangan penjawat awam yang berperangai seperti bukan penjawat awam. Kalau aku panas hati pun, sekejap sahaja. Tetapi kali ini aku betul betul terkejut kerana penjawat awam ini begitu “bengap”! Amat menghairankan apabila “si bongok” ini memperkenalkan diri sebagai seorang penjawat awam tingkat tinggi.

Dengan bongkaknya “si bengong” ini meminta aku melakukan sesuatu yang melanggar peraturan, peraturan yang kujunjung dengan penuh prinsip selama ini! Aku terkejut, walau selepas aku menjelaskan peraturan, dia tetap “menyuruh” aku menggunakan budi bicara! Apakah tafsiran budibicara kami berbeza? Entahlah…

Malas nak layan. Jika terus dilayan, akan menyakitkan hati sahaja. Nanti aku akan sama status “bengong” pulak dengan dia. Pembaca di luar sana, jika anda seorang berpangkat tinggi, janganlah berperangai macam “si bangsat” ini. Dahlah dia tidak sama jabatan hatta kementerian sekalipun dengan kita, pandai-pandai pula hendak “mengarahkan” kita…

Semoga dia insaf sebelum dia memejamkan matanya (meninggal) suatu masa nanti. Aku doakan dia sedar segera walaupun hatiku amat terluka dengan kata-katanya yang berbunyi “…seperti yang saya katakan …. Saya akan ingat perkara ini sampai mati”. Kawanku bergurau “orang ingat Allah masa nak mati tapi dia doakan agar dia ingat kamu. Hahahahaha…” apabila aku menceritakan perkara ini padanya. “Si jahanam” ini (orang tua tak sedar dek untung, gila bila dapat pangkat) mengeluarkan kata-kata di atas tadi seolah-olah aku telah menganiayai dia.

Haji konon! Haji tak mabrur agaknya….(Memetik kata-kata seorang ahli panel dalam forum…)

(F**k him, go to he**!)

(Bukan berniat untuk panjangkan kes. Sekadar untuk iktibar..)

Yang ini pun nak tipu juga?

Tuesday
Feb 16,2010

Asalnya memang tidak tahu tapi kini rasanya tertipu. Kali pertama aku mengetahui bahawa adanya peraduan ialah semasa mengisi minyak di Kg. Gong Kiat seminggu dua yang lalu. Ketika itu, aku sibuk dengan kelahiran anak ketigaku.

Borang Peraduan Stesen Minyak Petronas

Borang Peraduan Stesen Minyak Petronas

Kali pertama aku rasa (nyaris) tertipu ialah ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Marang. Aku nyaris terlupa ‘meminta’ borang peraduan. Walaupun demikian, ‘perasaanku’ mengatakan bahawa kakitangan stesen tersebut tiada perasaan ingin mengingatkanku bahawa aku ‘terlupa’ mengambil borang peraduan. Mereka seolah-olah “berharap” agar aku lupa (nampaknya, mereka/dia kecewa) tetapi aku berjaya “ingat kembali” dan meminta borang tersebut semasa kembali ke Kedai Mesra mereka, semasa membayar harga barangan yang kubeli.

Insiden seterusnya berlaku di sebuah stesen lain di Marang iaitu semasa aku balik ke kampung isteriku di Dungun. Aku mengisi minyak dalam perjalanan balik ke kampung. Seingat aku, aku mengisi dalam RM50.00 juga nilainya! Mereka tidak memberiku borang. Aku gagal mendapatkan borang tersebut! Siapakah yang akan menggunakan borang tersebut? Atau borang tersebut tidak akan digunakan langsung? Kalau digunakan, sahlah resitku digunakan tanpa kerelaan. Semoga mereka insaf…

Sunday
Feb 14,2010
Muhammad Naufal Afiq

Muhammad Naufal Afiq

Itulah antara ungkapan jururawat yang menyambut kelahiran anak lelakiku pada jam 5.05 pagi pada 28 Januari 2010 di Dewan Bersalin, Katil No. 2, Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Hari Rabu, 27 Januari, sehari sebelumnya, isteriku bertanya sama ada kami boleh ke klinik Bukit Payong untuk pemeriksaan kandungannya. Sebagaimana biasanya, aku tetap dengan kesibukan pejabat dan menyatakan aku ada tugas penting yang perlu kuhadiri pada paginya. Isteriku akur dan bertanya sama ada kami boleh pergi pada waktu petang. Setelah menyemak dengan pembantuku, sah aku tiada tugas pejabat seperti mesyuarat selain tugas rutin. Aku bersetuju ke klinik pada petangnya.

Dipendekkan cerita, semasa pendaftaran di kaunter dan pemeriksaan tekanan darah, dahi jururawat yang memeriksa isteriku berkerut. Aku mula tak sedap hati tetapi cuba mengabaikan perasaanku dan berharap tiada masalah. Kebimbanganku ada asasnya. Isteriku diberi ubat untuk menurunkan tekanan darah. Jam demi jam berlalu sehingga klinik ditutup. Anak-anakku dah bosan menunggu dan mula berlari ke sana sini. Aku apa kurangnya. Tugas di pejabat sudah pasti tidak dapat kulaksanakan.

Dipendekkan lagi cerita, tekanan darah isteriku masih tiada tanda-tanda akan turun ke tahap yang diharapkan. Ambulan menghantarnya ke HSNZ dan aku dan anak-anak pulang ke rumah dalam jam 6.00 petang.

Lagi dipendekkan cerita, aku maklumkan pada keluarga isteriku dan maklumkan kepada pembantuku untuk mengunci bilik, menutup lampu dan lain-lain kerana khuatir tidak balik ke pejabat. Aku persiapkan anak-anakku, sediakan makanan, mandikan dan hantar ke rumah kakak iparku. Aku terus ke hospital. Melalui mesej yang dihantar oleh isteriku melalui telefon bimbitnya, dia telah diletakkan di dewan bersalin setelah dua orang doktor memeriksanya. Di dewan tersebut, dia diletakkan di “bilik gelap” dan bukan bilik bersalin, kerana dikhuatiri keadaan memaksa untuk melahirkan anak. Bilik tersebut dikatakan dekat dan mudah jika dia akan bersalin.

Malam itu aku melawat isteriku setelah menghantar anak-anak ku ke rumah kakak iparku yang berada di kampung berhampiran. Aku melilau mencari lokasi wad atau dewan yang dimaksudkan. Maklumlah, dah lama tidak ke hospital ni.

++++++++
…To be continued…

Gunting rambut….

Saturday
Jan 23,2010

Aku ada satu kelemahan. Mungkin tanda-tanda dah tua. Setiap kali rambutku panjang terutamanya mencecah telinga, aku akan rasa tidak selesa. Kerap kali perkara kecil seperti sakit kepala akan menyerang.

Bab-bab gunting rambut ni aku tak kisah. Masa belajar dulu, kawan-kawan guntingkan. Masa kecik di kampung, mak ayah gunting. Masa mula-mula bekerja, kawan serumah sewa yang gunting. Akhir-akhir ini, asyik ke kedai gunting. Kedai pulak tak pilih. Biasanya ke kedai yang berciri konvensional jer. Kalau kat Chow Kit ada seorang tukang gunting India berhampiran jejantas yang aku kunjungi. Semasa di Kuala Terengganu, aku ke Terminal Bas bandar. Di Kuching, aku pernah ke kedai gunting pakcik berbangsa Cina di Batu Tujuh dan kadang-kadang ke Wisma Saberkas. Kalau bercuti hujung minggu di Dungun dan kebetulan nak gunting rambut, aku datang ke sini, tempat aku karang blog sekarang, AWIE KEDAI GUNTING di pasar lama Dungun.

Pak Awie sedang menggunting rambut...

Pak Awie sedang menggunting rambut…

Cerita berkenaan kedai gunting dan tukang gunting, tukang gunting adakah antara penerima maklumat dan penyebar maklumat yang tidak kurang pentingnya. Mereka dapat menerima banyak maklumat termasuk umpatan. Sepanjang aku menunggu giliran, pelbagai cerita aku dengar daripada pelanggan dan tukang gunting. Aku boleh dikira mangsa jika ada umpatan berlaku. Pada masa inilah kita sedar bahawa maklumat bgini bukan sahaja di kedai kopi malahan di kedai gunting. Rasanya kumpulan hip hop/rap terkenal tu patut masukkan juga lagu “Cerita Kedai Gunting” dalam album mereka…

Wednesday
Jan 20,2010

“Tidak dapat dinafikan tuan, memang ‘cable’ ….” Demikianlah kata-kata kakitanganku dalam satu mesyuarat minggu lepas. Aku amat kecewa kerana yang ‘membuat kenyataan’ tersebut adalah antara ketua-ketua yang aku percaya dan yakin boleh memimpin kakitangan yang lain. Mulai saat aku mendengar kata-kata mereka, aku hampir hilang kepercayaan kepada mereka. Sesuai dengan prinsip yang kuamalkan, “anda adalah baik sehingga anda membuktikan bahawa anda tidak baik”, sukar untuk memulihkan kepercayaanku 100% kepada mereka.

Apa yang pelik sampai mereka diragui? Mungkin anda bertanya… Senang sahaja jawapan 20 senku ini. Anda adalah ketua dan harus menunjukkan imej yang positif kepada kakitangan lain. Anda ibarat ‘membunuh’ semangat orang lain yang mendengarnya apabila anda berkata demikian. Paling penting, anda telah melemahkan iman mereka. Mereka akan menjadi insan yang percaya ‘cable’ berbanding insan yang yakin pada Allah. Percaya? Cuba perhatikan. Buatlah pemerhatian dan kajian…

Jangan Bunuh Semangat Anda... (Gambar Hiasan)

Jangan Bunuh Semangat Anda… (Gambar Hiasan)

“Asalamualaikum, Cikgu!”

Wednesday
Jan 13,2010

“Asalamualaikum, Cikgu!”. Nostalgia itu kembali…

Pagi ini, aku menghantar anak ke pra-sekolah berhampiran rumah sewaku seperti lazimnya (baru 2 kali. Hehehe). Dalam perjalanan balik dari kelas anakku untuk seterusnya ke pejabat, aku terserempak dengan 3 orang pelajar sekolah rendah dalam kawasan yang sama dengan lokasi pra-sekolah tempat anakku belajar. Salah seorang daripada mereka, yang kelihatan begitu matang, mengucapkan “Asalamualaikum, Cikgu!”. Itu membuatkan aku terkenang. Kadang-kadang, geli hati pun ada. Semasa menghantar anakku ke kelasnya tadi, ada budak-budak nakal yang berkata: “Anak cikgu…”. Mungkin imej cikgu yang kemas, pakai tali leher… ada padaku! Hehehehe…

Nurin tulis C kecil....

Nurin tulis C kecil….

Menyaman dan disaman

Sunday
Jan 10,2010

Kita menyaman dan disaman. Dalam 5S, saman tidak mengira siapa. Asalkan kita “salah”, kita semestinya akan disaman. “Salah” di sini bermaksud, kita gagal melaksanakan atau menjiwai aspirasi 5S itu sendiri. Nah, rasakan….

Disaman 5S

Disaman 5S

Sunday
Dec 27,2009

Para pengunjung sekalian, dua hari lepas aku sempat menghantar satu ‘post’ dengan Blackberryku. Lepas solat Jumaat semalam aku cuba pula menghantar ringkasan khutbah yang sempatku rekod tapi malangnya tidak dapat dihantar. Lebih malang lagi apabila Blackberryku ini buat hal. Sejarah lebih sebulan lalu berulang lagi. “….software error 552″. Aku pernah hadapinya dulu dan aku dah tahu cara atasinya.

Setelah selesai membaikinya, aku cuba ‘restore’ data dan sistem tetapi mendapati hanya data yang ada semula. Itupun data sehingga seminggu lepas, kali terakhir aku buat ‘backup’. Moralnya, selalulah buat ‘backup’.

Blackberry demam diikuti Nokia

Blackberry demam diikuti Nokia

‘Mobile Blogging…’

Thursday
Dec 24,2009

Selamat datang ‘mobile blogging’. Aku baru memasang perisian ini (Wordpress) pada Blackberry Bold 9000. Blog ini kebetulan telah aku reka dan cipta dengan perisian atau skrip blog Wordpress. Wordpress merupakan antara skrip blog yang paling popular di muka bumi ini. Wordpress boleh digunakan secara percuma di laman Wordpress atau dipasang sendiri pada laman web persendirian sama ada secara domain utama atau subdomain.

Memandangkan ini coretan pertama daripada perisian Wordpress dari Bold ku ini, biar aku berhenti dulu di sini. Terima kasih…

Cabar minda anda dengan bahasa

Thursday
Dec 24,2009

Setiap hari kita akan berhadapan dengan isu bahasa apabila kita membaca. Jika anda membaca surat khabar setiap hari, anda akan perasan ada sahaja perkataan yang boleh dipersoalkan ketepatan penggunaannya. Penggunaan istilah bahasa dalam surat khabar biasanya tidak dititik berat soal ketepatan penggunaannya dalam konteks tatabahasa. Konteks yang dilihat biasanya daya tarikan perkataan tersebut jika digunakan dalam sesetengah keadaan.

Contoh-contoh perkataan yang boleh menjadikan maksud kita disalah erti jika digunakan dalam situasi yang berbeza adalah seperti:

  • hadapi-hidapi
  • mengerat-mengerat (satu e pepet dan satu lagi e taling)

Perkataan-perkataan yang boleh membawa maksud berbeza jika digunakan dalam masyarakat yang berbeza budaya atau dialek adalah seperti:

  • semalam - kelmarin
  • tidak ternilai - tidak bernilai

Jika anda ingin merungkai masalah bahasa dalam Bahasa Melayu, anda boleh melawat laman web DBP di http://www.dbp.gov.my dan menggunakan khidmat nasihat bahasa di http://sbmb.dbp.gov.my/knb/nb_halaman_utama.aspx

 

March 2010
S M T W T F S
« Feb    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Carian